THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 30, 2009

Rx-Salt

Rx-Salt - Pemangkin dan Pengimbang Rx-Water®


Garam bukan sahaja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam dan di luar sel. Kebanyakan garam datang dari makanan sementara setengahnya dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Malah penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan yang Kronik.Rx-Salt™ adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang ditapis menggunakan Rx-Water™ dan kemudiannya dipanggang.

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang
Bario terletak dikawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan dengan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dengan daun-daun pokok pine.

Garam Buluh
Di Korea, buluh merupakan salah satu tumbuhan yang penting didalam bidang perubatan .Setiap bahagian seperti bahagian hujungnya, akar dan juga daun mempunyai fungsi yang berlainan. Garam buluh diperbuat daripada garam air laut yang telah dijemur sehingga kering dan dimasukkan ke dalam batangnya dan kemudian dibakar berulang kali sebanyak 3,6 atau 9 kali pada suhu 900 celcius atau 1500 celcius untuk membuang segala bahan galian dan juga toksin. Keseluruhan proses mengambil masa selama satu bulan. Garam Buluh Korea mempunyai garam mineral organik dan juga 70 ke 80 elemen yang penting dan juga mineral.

Keunikan Rx-Salt™:

  • Rasa yang sangat enak dan boleh digunakan sebagai penambah rasa.
  • Mengandungi lebih daripada 70 zat galian penting dan mikronutrien.
  • Mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.
  • Mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang tinggi - sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan.
  • Mempunyai kandungan "TENAGA PENTING TERMAMPAT" yang tinggi iaitu "KI" atau yang dipanggil sebagai "QI" dan digunakan didalam bidang perubatan tradisi Korea.

Kebaikan mengambil Rx-Salt™ bersama-sama dengan Rx-Water™

  • Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisme.
  • Membantu membersihkan darah.
  • Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkan toksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihan di dalam badan dengan pantas.
  • Menggalakkan imunisasi
  • Membantu mengurangkan tekanan darah rendah
  • Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis.
  • Baik untuk melawan penyakit gusi.
  • Membantu alahan, masalah penghadaman, arthritis, gout dan pelbagai penyakit lain.
    Loading...

0 comments: