THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 30, 2009


Bersama Dato' Dr. Noordin B. Darus
Oleh : Mohd Nazeri B. Mohd Ramly
Sumber : Majalah Worldwellness (edisi Okt-Dis 2008)

Kita akan memperhatikan corak pemikiran yang membezakan orang KAYA dengan orang MISKIN. Corak pemikiran yang saya pelajari dari guru saya (sesiapa sahaja yang memberi kita ilmu adalah guru kita) dan akan kita perhatikan dalam edisi ini adalah :

Orang kaya yakin & percaya mereka yang menentukan kehidupan mereka

Orang miskin yakin & percaya kehidupan telah ditentukan untuk mereka

Kita harus percaya bahawa kita yang menentukan kehidupan kita sendiri. Jika tidak, ini bermakna kita tidak dapat mengawal apa sahaja dalam kehidupan kita dan ini termasuk juga KEWANGAN kita. Kita harus yakin bahawa kita merupakan penyebab UTAMA kepada KEJAYAAN atau KEGAGALAN, kesedaran dalam kehidupan, kesukaran dalam mencari duit, kesukaran dalam hidup dan semua yang berlaku secara kita sedari atau tidak. Tetapi, kita yang MISKIN tidak sedar akan perkara ini. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk meletakkan diri mereka sebagai 'MANGSA'.

Apa yang dimaksudkan sebagai 'MANGSA'? Dan bagaimana kita dapat mengenali mereka ini? "Mangsa-mangsa" ini biasanya ada memberi beberapa petanda yang mudah dikesan.

Petanda yang pertama adalah mereka suka MENYALAHKAN. Apa yang mereka salahkan? Mereka salahkan keadaan, kerajaan, majikan, rakan-rakan, "upline", "downline", dan sesiapa ataupun apa saja yang ada di sekeliling mereka tetapi BUKAN DIRI MEREKA SENDIRI!

Seterusnya, petanda lain yang ada adalah mereka suka MENYEDIAKAN SEBAB yang kononnya munasabah. Contohnya, "Duit tak penting sangat". Mereka yang ada pandangan sebegini sebenarnya adalah mereka yang MISKIN!. Biasanya mereka suka membandingkan duit dengan kasih sayang. Kononnya duit tak penting asalkan kita ada kasih sayang yang banyak. Bolehkah kita membanyar ansuran rumah contohnya dengan kasih sayang?. Duit itu sangat penting untuk sesetengah perkara dan tak penting untuk sesetengah perkara yang lain. Perkaitannya kita boleh lihat daripada kaki dan tangan kita. Kedua-duanya sama penting!

Petanda yang terakhir adalah mereka suka MERUNGUT. Ketahuilah bahawa perkara yang kita fokuskan akan membesar. Maksudnya, jika kita merungut tentang kehidupan kita yang susah dan keadaan kewangan kita yang MISKIN, kita sebenarnya memfokuskan kepada masalah dan keadaan itu. Maka, ini akan membuatkan kita bertambah susah dan bertambah MISKIN!

Apa yang sebenarnya dilalkukan oleh "mangsa-mangsa" ini sebenarnya hanyalah meminta perhatian. Tidak akan ada MANGSA yang KAYA. Kita hanya boleh sama ada ingin menjadi KAYA atau menjadi MANGSA. Jadi, berhentilah daripada meletakkan diri kita sebagai mangsa dan kawal kehidupan kita sendiri mulai sekarang. Mungkin ada yang berfikiran semuanya telah ditakdirkan (PETANDA 1). Tidak ada satu agama pun yang mengejar penganutnya bahawa manusia dilahirkan di dunia ini untuk MISKIN atau KAYA. Kita sendiri yang menentukan segala-galanya.

0 comments: